Sunday 13 December 2015

Goldbar

💥Apa tu goldbar?😇
==========================

Goldbar adalah jongkong emas yang dihasilkan dalam saiz berat yang lebih kecil, ketulenan goldbar keluaran Powergold adalah 999.9


💥Kenapa harga pasaran goldbar 1 gram lebih mahal?😇
==========================

Kos mencetaknya lebih tinggi dan kos pembuatannya lebih besar. Bayangkan sekeping jongkong 1kg (1000g) ,hendak dipotong kecil menjadi 1gram perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali, selepas itu dipacking satu-satu, memerlukan ramai tenaga kerja dan lebihan masa proses. Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1gram lebih mahal

💥Kenapa perlu simpan goldbar?😇
==========================

Spread jual beli goldbar lebih kecil dari barang kemas, kebiasaan spread goldbar 10-15% manakala susut nilai barang kemas 20-25% dari harga semasa, ini bermakna simpan goldbar lebih untung dari simpan barang kemas. Maksud spread adalah kadar perbezaan harga jual beli emas, dari perbezaan harga jual beli itulah syarikat emas membuat keuntungan sama seperti money changer yang membuat pertukaran matawang

🌻amirjutaemas🌻
Kayaemasmilikku.blogspot.com

Wednesday 9 December 2015

simpan Emas peribadi,di mana ye?

📦Tempat simpan emas 📦

💡Masa saya mula-mula beli emas dulu pernah saya terfikir di manakah tempat yang sesuai untuk saya simpan emas ni dengan selamat  saya membelinya? Takkan nak simpan kat rumah pula kan? Nanti kalau orang curi macam mana? Adakah anda juga berfikiran begitu?

💡Setelah banyak saya menghadiri seminar, bertanya kepada otai-otai emas dan membaca beberapa artikel tentang pelaburan / simpanan emas ni, dengan selambanya saya simpan sahaja emas tu di rumah.

Ha nak tahu Kenapa?

📚Emas itu tidak jauh berbeza dengan barang kemas, jika barang kemas boleh disimpan di rumah, mengapa tidak emas tersebut? Kaedah penyimpanan emas itu, sama sahaja seperti kaedah penyimpanan barang kemas.
Pencuri kalau nak mencuri, bukan sebab dia tahu rumah kita ada emas atau sebab kita ada beli emas. Pencuri masuk rumah selalunya sebab rumah itu kosong atau rumah tu nampak macam sebuah rumah orang yang sangat kaya yang kurang kawalan sekuritinya.

📚Namun begitu, jika anda memang sangat-sangat tidak selesa emas anda itu di simpan di rumah, mungkin sebab takut hilang ke, takut di curi ke, takut terlupa letak dimana, takut rumah terbakar (tapi emas takkan terbakar) atau sebagainya. Anda boleh menyimpankan emas anda itu di kotak keselamatan, iaitu "safe deposit box" yang disediakan oleh pihak bank. Jika setakat 1 dinar emas atau 10gram Gold Bar sahaja 😅😅tidak perlulah simpan sampai di safe deposit, lainlah kalau anda ada berkilo-kilo emas memang sesuai la simpan di safe deposit.hahaha..

📥Di Maybank (cawangan tertentu), yurannya sekitar RM80-RM200 setahun, bergantung pada saiz kotak.

📥Di Public bank, kos sewaannya pula sekitar RM150-RM430 setahun.

📥Di CIMB Bank, kos sewaannya pula sekitar RM100-RM360 setahun.

Terdapat beberapa syarat yang pihak bank tetapkan jika ingin menyewa safe deposit box mereka, antaranya :-
1. Anda mempunyai akaun simpanan di bank tersebut
2. 2 Unit Kunci diserah kepada anda dimana pihak bank tidak memegang langsung kunci tersebut, sekiranya   kunci hilang maka duit deposit akan diambil oleh pihak bank.
3. Anda hanya boleh membuka peti pada waktu operasi bank sahaja.
4. Nilai perlindungan insuran selalunya hanya sehingga RM10 ribu sahaja.

Jadi, terpulang kepada anda, mahu simpan sendiri atau simpan di bank? Pada saya, setakat emas kecil seperti 1 dinar emas 40 keping ke, anda boleh fikirkan secara kreatif tempat yang sesuai untuk simpannya. Andai 1kilo pn kita simpan kat rumah xde org tau kalau kita xbg tau org..

Seperti masukkan dalam bekas susu Ducth Lady ke, lepas tu simpan dalam peti ais, hahaha..tu baru satu port. Tidak pun simpan dalam bekas rempah-rempah kat dapur anda. Dalam tong beras ke..pencuri xpecah rumah untuk curi beras..Ha bagaimana?
Anda boleh fikirkan secara kreatif eh.

📝Diharapkan info ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada anda. Cuba anda fikirkan, ramai orang takut beli emas sebab masalah bagaimana nak simpan emas ni, padahal emas 1kilo boleh simpan dalam tapuwer je tp ramai orang simpan wang fiat berkeping-keping di rumah tak takut pula. Fikir-fikirkan..

Take note yer kawan2...

Fikir emas akn mendatangkan pemikiran minda emas..

🌸🍹🌸🍹🌸🍹🌸🍹🌸🍹🌸
Mgkin blh mbantu tmbh idea kwn2😄


Sumber dari rozirichgold

Tuesday 8 December 2015


Bukti Emas Powergold diterima & diperakui di pusat gadaian Ar Rahnu

Sunday 6 December 2015

Senarai Pengedar / Agen Powergold Emas Murah

Senarai Pengedar Emas Murah Powergold / Stokis Powergold / Agen Powergold di Seluruh Malaysia

PENGEDAR EMAS POWERGOLD SELANGOR

Amir Jutawan (Puchong, USJ, Subang Jaya, Petaling Jaya, KL) - 0129596873 (WhatsApp)
Puan Rinna (Puchong, USJ, Subang Jaya, Petaling Jaya, KL) - 0126102429 (WhatsApp)
Dr. Azi (Shah Alam, Putra Height, Bukit Lanchong) - 0123228947 (WhatsApp)
Puan Karimah (Shah Alam, Setia Alam) - 0192304345 (WhatsApp)
Puan Sha (Puchong, Taman Putra Perdana) - 01133298769 (Whatsapp)
Puan Nisa (Shah Alam) - 0163157349 (WhatsApp)
Idah (Shah Alam) - 0163853440 (WhatsApp)

PENGEDAR EMAS POWERGOLD JOHOR
Zul Daud (JB) - 0137046044 (WhatsApp)

Anda berminat menyertai Powergold? Anda boleh berhubung dengan wakil-wakil powergold di atas. Dapatkan emas murah dari powergold dengan menyertai Powergold hari ini... hubungi (Call/SMS/WhatsApp)  0129596873 / 0182228154 (admin) - Stokis Powergold

Sunday 11 October 2015

nilai ringgit Dari dahulu & sekarang..

Kelebihan Dinar Emas

Dinar dan Dirham adalah matawang Islam yang sebenar.
-Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas.
-Dinar mampu melindungi kekayaan anda.
-Boleh digunakan sebagai bayaran mas kahwin.
-Penggunaan Dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat.
-Harga Emas yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan Dinar.




Di antara kegunaan Dinar Emas ialah :

1) Boleh disimpan sebagai pelaburan dan simpanan.

2) Boleh digunakan untuk membayar zakat.

3) Boleh digunakan sebagai Mas Kahwin.

4) Boleh diberikan sebagai hadiah/cenderamata.

5) Boleh digunakan untuk aktiviti jual beli.



Dinar emas Sebagai Mahar Mas-kahwin Lebih menguntungkan bagi pengantin perempuan

1. Emas adalah pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang.
Emas tidak menjamin anda menjadi kaya tapi menjamin anda tidak miskin. Ia sememangnya menguntungkan penyimpan atau pelabur emas. Tempoh masa untuk simpanan atau pelaburan emas disarankan 1 tahun dan ke atas. Dalam masa 1 tahun ini, kita akan nampak perbezaan harga turun dan naik. Dibawah adalah sejarah harga emas dalam masa 1 tahun.

2. Konsep Beli Sekarang

Jika anda masih ragu-ragu dengan emas, banyakkan membaca, tanya orang lain tentang emas, dan gunakan konsep ini. Beli sekarang dan tunggu bukan tunggu masa yang sesuai untuk beli, kerana harga emas hari ini tidak sama dengan harga emas esok, mungkin naik dan mungkin turun tetapi emas akan sentiasa naik harganya.

3. Harga Sentiasa Turun dan Naik
Emas ialah antara barangan komoditi yang sentiasa harganya turun dan naik, bila anda menkaji graf harga emas, sudah pasti terdapat penurunan dan kenaikan harga, antara faktor penurunan harga emas ialah kekukuhan matawang U.S, dan antara kenaikan harga emas ialah kejatuhan matawang U.S, krisis ekonomi dunia, perperangan, bencana dunia dll.

4. Pelaburan Emas Bukan Pendapatan Tetap
Simpanan atau pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap anda setiap bulan, sekiranya anda mahu menjana pendapatan daripada emas, perniagaan emas ialah jawapannya.

Mungkin beberapa penerangan di atas membantu anda untuk menceburi bidang simpanan atau pelaburan emas, seterusnya terserah kepada anda untuk membuat pilihan. Mulakan simpanan emas anda dengan 1 dinar emas dan mungkin dengan melihat kilauan 1 dinar ini anda akan bersemangat untuk menambah ilmu tentang emas.

sumber: hargaemas.com.my