Wednesday 9 December 2015

simpan Emas peribadi,di mana ye?

📦Tempat simpan emas 📦

💡Masa saya mula-mula beli emas dulu pernah saya terfikir di manakah tempat yang sesuai untuk saya simpan emas ni dengan selamat  saya membelinya? Takkan nak simpan kat rumah pula kan? Nanti kalau orang curi macam mana? Adakah anda juga berfikiran begitu?

💡Setelah banyak saya menghadiri seminar, bertanya kepada otai-otai emas dan membaca beberapa artikel tentang pelaburan / simpanan emas ni, dengan selambanya saya simpan sahaja emas tu di rumah.

Ha nak tahu Kenapa?

📚Emas itu tidak jauh berbeza dengan barang kemas, jika barang kemas boleh disimpan di rumah, mengapa tidak emas tersebut? Kaedah penyimpanan emas itu, sama sahaja seperti kaedah penyimpanan barang kemas.
Pencuri kalau nak mencuri, bukan sebab dia tahu rumah kita ada emas atau sebab kita ada beli emas. Pencuri masuk rumah selalunya sebab rumah itu kosong atau rumah tu nampak macam sebuah rumah orang yang sangat kaya yang kurang kawalan sekuritinya.

📚Namun begitu, jika anda memang sangat-sangat tidak selesa emas anda itu di simpan di rumah, mungkin sebab takut hilang ke, takut di curi ke, takut terlupa letak dimana, takut rumah terbakar (tapi emas takkan terbakar) atau sebagainya. Anda boleh menyimpankan emas anda itu di kotak keselamatan, iaitu "safe deposit box" yang disediakan oleh pihak bank. Jika setakat 1 dinar emas atau 10gram Gold Bar sahaja 😅😅tidak perlulah simpan sampai di safe deposit, lainlah kalau anda ada berkilo-kilo emas memang sesuai la simpan di safe deposit.hahaha..

📥Di Maybank (cawangan tertentu), yurannya sekitar RM80-RM200 setahun, bergantung pada saiz kotak.

📥Di Public bank, kos sewaannya pula sekitar RM150-RM430 setahun.

📥Di CIMB Bank, kos sewaannya pula sekitar RM100-RM360 setahun.

Terdapat beberapa syarat yang pihak bank tetapkan jika ingin menyewa safe deposit box mereka, antaranya :-
1. Anda mempunyai akaun simpanan di bank tersebut
2. 2 Unit Kunci diserah kepada anda dimana pihak bank tidak memegang langsung kunci tersebut, sekiranya   kunci hilang maka duit deposit akan diambil oleh pihak bank.
3. Anda hanya boleh membuka peti pada waktu operasi bank sahaja.
4. Nilai perlindungan insuran selalunya hanya sehingga RM10 ribu sahaja.

Jadi, terpulang kepada anda, mahu simpan sendiri atau simpan di bank? Pada saya, setakat emas kecil seperti 1 dinar emas 40 keping ke, anda boleh fikirkan secara kreatif tempat yang sesuai untuk simpannya. Andai 1kilo pn kita simpan kat rumah xde org tau kalau kita xbg tau org..

Seperti masukkan dalam bekas susu Ducth Lady ke, lepas tu simpan dalam peti ais, hahaha..tu baru satu port. Tidak pun simpan dalam bekas rempah-rempah kat dapur anda. Dalam tong beras ke..pencuri xpecah rumah untuk curi beras..Ha bagaimana?
Anda boleh fikirkan secara kreatif eh.

📝Diharapkan info ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada anda. Cuba anda fikirkan, ramai orang takut beli emas sebab masalah bagaimana nak simpan emas ni, padahal emas 1kilo boleh simpan dalam tapuwer je tp ramai orang simpan wang fiat berkeping-keping di rumah tak takut pula. Fikir-fikirkan..

Take note yer kawan2...

Fikir emas akn mendatangkan pemikiran minda emas..

🌸🍹🌸🍹🌸🍹🌸🍹🌸🍹🌸
Mgkin blh mbantu tmbh idea kwn2😄


Sumber dari rozirichgold

No comments:

Post a Comment